Hujan lagi
Seperti hari hari kelmarin
Bila senja hampir menyinsing
Hujan kembali lagi
membasahi daun daun kering
membiarkan tubuh kekal dalam dingin
Perasan aku ,
tidak lagi hujan ketika lena tidurku
Mungkin kerana Dia tahu
yang selalu ada untuk aku
kini tidak bisa selalu ada untuk ku
Mungkin Dia mahu
Supaya aku biasa tanpa yang satu itu
Atau mungkin dan tak pernah ku tahu
pernah satu malam hujan lebat turun
tanpa sedarku
Mungkin Dia tidak mahu
ganggu aku dalam lena ku
Kerna Dia tahu
betapa lemahnya aku di setiap sedar ku

